Showing posts with label Siapa Calon BN?. Show all posts
Showing posts with label Siapa Calon BN?. Show all posts

Friday, April 23, 2010

Kenapa Pengundi Melayu KENA PANGKAH BN?

. Friday, April 23, 2010
0 comments

KENAPA PENGUNDI MELAYU PERLU TERIMA CALON MIC
  1. Menghormati konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN)
  2. Menghargai janji Perdana Menteri yang akan meletakkan anak tempatan sebagai calon PRK P.094 Hulu Selangor. Terbukti PM memahami denyut nadi rakyat di Hulu Selangor.
  3. Tun Dr. Mahathir Mohamad, “dalam pilihanraya, kita perlu mengundi dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional tanpa mengira siapa calonnya”.
  4. Sumbangan dan peranan BN dalam konteks membela nasib rakyat, terutamanya membela dan meningkatkan taraf ekonomi orang melayu.
  5. Jasa BN yang membuka FELDA melalui DEB yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan orang Melayu.
  6. Tanda syukur dan mengenang jasa BN yang telah membuka nikmat kehidupan kepada masyarakat FELDA khususnya orang-orang Melayu.
  7. Menghayati semangat Gagasan 1Malaysia, melalui KONSEP PENERIMAAN, iaitu menerima kenyataan kehidupan dalam sebuah negara bermasyarakat majmuk.

Read more »»

Kenapa Perlu Pangkah BN di Hulu Selangor?

.
0 comments

MENGAPA PERLU MEMILIH P.KAMALANATHAN?
  1. Kamalanathan adalah pilihan terbaik kerana beliau adalah anak tempatan.
  2. Beliau lahir di Sungai Choh, Hulu Selangor yang termasuk dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor. Hakikatnya beliau adalah anak jati Hulu Selangor.
  3. Beliau berpengalaman luas dalam bidang perhubungan awam dan sering menjadi ahli panel program-program berbentuk diskusi di RTM/ASTRO Awani.
  4. Calon muda yang berusia 44 tahun.
  5. Berkelulusan dari Edith Cowan University, Australia dalam bidang Komunikasi Massa, Perhubungan Awam.
  6. Menyertai politik sejak berusia 18 tahun dengan jawatan terkini sebagai Ketua Penerangan MIC Pusat.
  7. Mempunyai ramai kenalan dalam komuniti belia yang meliputi pelbagai kaum.
  8. Fasih dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Tamil dan Inggeris.
  9. Seorang pengamal Perhubungan Awam yang mudah mesra, merendah diri serta mudah mendekati masyarakat pelbagai kaum serta mempunyai hubungan baik dengan semua pemimpin tempatan termasuk UMNO, MCA serta parti-parti komponen yang lain.

Read more »»

Mengapa HARUS MIC Bertanding di Hulu Selangor?

.
0 comments



MENGAPA MIC


  1. Sebagai menghargai kesepakatan antara kaum dalam Barisan Nasional (BN)
  2. Amalan perkongsian kuasa yang menjadi teras BN dalam mentadbir negara
  3. Masyarakat majmuk di negara ini hidup dalam suasana harmoni antara satu sama lain dan bukannnya hidup secara terasing seperti zaman British; ‘Divide and Rule’
  4. Pengagihan kerusi untuk kawasan Parlimen Hulu Selangor P094 atas semangat setia kawan yang diamalkan dalam BN – 2 UMNO, 1 MCA dan 1 MIC.
  5. Masyarakat tiada masalah untuk menerima calon dari kaum lain kerana pada asasnya Pengerusi BN adalah orang Melayu. Siapa pun calon tidak akan menjadi masalah kerana semua perkara akan dipantau di peringkat kepimpinan pusat.
  6. Kepimpinan BN akan terus memantau pembangunan dan kemajuan di kawasan ini dari semasa ke semasa tanpa meminggirkan mana-mana kaum terutamanya kaum majoriti iaitu Melayu.
  7. Menterjemahkan dan merealisasikan semangat 1Malaysia.

Read more »»

Thursday, April 15, 2010

UNDILAH Calon BN : P. Kamalanathan

. Thursday, April 15, 2010
1 comments

Calon BN - P. Kamalanathan, Parlimen Hulu Selangor

P. Kamalanathan merupakan Public Relation Officer di BERNAS, Ketua Penerangan MIC Pusat serta tinggal di Taman Garing, Rawang, Selangor. Bukan Orang Kelantan seperti Zaid Katak Mabuk yang dah mulakan kempen bagi memenangi hati rakyat walaupun belum Penamaan Calon lagi yang dijadualkan pada 17 April ini.

Read more »»

Friday, April 09, 2010

HULU SELANGOR: KALAU PKR MENANG, KHALID SANGGUP PULANGKAN TANAH YBK?

. Friday, April 09, 2010
1 comments


Pengundi melayu di Hulu Selangor harus 'mengajar' Pakatan Rasuah dengan memberi kemenangan kepada calon MIC sebab.....?

Apa pengundi melayu di Hulu Selangor boleh dapat jika memberi kemenangan kepada Pakatan Rasuah selepas tanah seluas 200 ekar yg diberikan oleh kerajaan BN dahulu kepada YBK untuk membina kampus UiTM serta membangunkan kawasan sekitar telah dirampas balik oleh Khalid gagap dan Pakatan Rasuah (PR) kerana YBK tidak bersetuju dengan cadangan khalid gagap supaya dia dilantik menjadi pengerusi YBK?

Semua orang tahu dan faham kenapa Khalid gagap kemaruk sangat hendak menjadi pengerusi YBK. Sejak mula dia dilantik jadi MB, sial lahanat ini hendak 'punyakan' BALKIS. Patut dan logik ke pengundi melayu di Hulu Selangor masih hendak berjudi nasib dan harapan mereka pada calon banjingan Pakatan Rasuah?

Read more »»

Thursday, April 08, 2010

PENJELASAN : Kenapa MIC?

. Thursday, April 08, 2010
1 comments

Read more »»

Pilihanraya kecil P94. Pas tak masuk campur.

.
0 comments


Pas menyerahkan sepenuhnya kepada pimpinan PKR mengenai calon pakatan pembangkang yang akan bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak akan masuk campur dan menyerahkan sepenuhnya soal calon pilihan raya kecil itu untuk diputuskan pimpinan PKR.

Saya difahamkan senarai nama (calon) sudah ada, yang disenarai pendek lima orang. Saya akan mendengar taklimat mengenai calon ini daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, minggu depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang bermula 5 hingga 8 April ini berhenti rehat. - BERNAMA

Read more »»

Wednesday, April 07, 2010

MAT TAIB TIADA DI HATI 'MEREKA'?

. Wednesday, April 07, 2010
1 comments


Perubahan drastik landskap politik sekarang mungkin memerlukan semua parti politik, khususnya Barisan Nasional (BN) mengkaji semula kaedah pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang. Sama ada kekal pada sistem kuota sekarang atau kerusi calon ditentukan mengikut majoriti kaum, kajian terperinci adalah sangat perlu dan mendesak. Perbincangan mencari kaedah baru pembahagian kerusi dalam BN mesti dipercepatkan. Kelewatan mencapai kesepakatan dan membincangkannya pada saat akhir dikhuatiri menjejaskan fokus serta kekuatan BN menghadapi pilihan raya. Ini kerana tumpuan, kesatuan dan kekuatan jentera BN ketika itu mesti ditumpukan kepada pilihan raya bukan membincangkan soal kuota kerusi.

Kebelakangan ini, banyak kedengaran suara yang mahu supaya UMNO lebih dominan dalam BN. Maksudnya, calon parti itu perlu diletakkan di lebih banyak kerusi selepas meneliti prestasi parti komponen lain pada PRU ke-12 lalu. Ketika ini, ada 222 kerusi Parlimen dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara. UMNO menang 78 kerusi, MCA (15), MIC (tiga) dan Gerakan (2). Di Sabah dan Sarawak, PRS (enam), SUPP (enam), PBB (14), PBRS (satu), LDP (satu), Upko (empat), SPDP (empat) dan PBS (tiga). Sementara itu, parti pembangkang — PKR (30), DAP (2, PAS (23), PSM (satu) dan Bebas (satu).

Read more »»

Tuesday, April 06, 2010

UMNO & MIC HARUS BERBINCANG

. Tuesday, April 06, 2010
4 comments

UMNO harus berbincang secara muafakat dgn MIC. UMNO akan ganti ke DUN lain utk MIC pada plihanraya akan datang dan sebagainya. Inilah masanya MIC perlu menunjukkan setia kawan yang jujur bagi mengembalikan kepercayaan orang melayu terhadap kaum india yang racis dan berat sebelah. Perlu diingatkan MIC juga perlu amal 2 way tickets.

Najib harus mendengar suara akar umbi rakyat amnya dan orang Melayu khususnya. Kenapa setiap kali hanya orang Melayu saja yg perlu beralah, perlu berkorban, perlu berundur, perlu bersikap 'tak apa'??

Semua yang dulu menjadi hak milik kita semua sudah kita diserahkan sedikit demi sedikit. Mula-mula kongsi, lepas tu bagi pinjam, lepas tu ehsan, lepas tu bagi terus. Last-last kita juga di tuduh nak mengambil hak orang yang pada satu masa dulu hak kita.

Read more »»

Sunday, April 04, 2010

Najib: Calon BN belum muktamad

. Sunday, April 04, 2010
0 comments


Calon yang bakal mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini belum dimuktamadkan lagi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Najib, yang juga Pengerusi BN berkata rundingan mengenai perkara itu masih dijalankan, dan "apapun keputusan, Timbalan Pengerusi BN (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan umumkan perkara itu (calon) sebab saya berada di luar negara."

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, beliau telah berbincang dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu serta beberapa pemimpin BN yang lain berhubung perkara berkenaan.

"Saya runding dengan banyak pihak, bukan Datuk Seri Samy Vellu (Presiden MIC) sahaja," katanya.

MIC dilaporkan meminta kerusi parlimen Hulu Selangor dikekalkan kepada parti itu tetapi terdapat ura-ura dari akar umbi yang mahukan supaya calon dipilih dari parti Umno.

Sementara itu, di Machang, Kelantan hari ini, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berkata, kemungkinan besar calon berkenaan adalah dari MIC.

Read more »»

Penahkah Melayu mewakili BN di Hulu Selangor?

.
0 comments

Berikut adalah kesinambungan kemenangan calon perikatan/barisan yang menang kerana EHSAN PENGUNDI MELAYU HULU SELANGOR yang dipaparkan di blog GAP.

1959 ong yoke lin (BN) vs chai yoke kim (BEBAS) BN 6537 BEBAS 5121
1964 khaw khai boh (BN) vs nazar ong (FS) BN 9412 FS 4199
1969 khaw khai boh (BN) vs liong ah nai (DAP) BN 8278 DAP 6755
1974 michael cheng win su (BN) vs G davidson (DAP) BN 15323 DAP 5070
1978 michael cheng wing su (BN) vs leong ching hoe (DAP) BN 17670 DAP 4868
1982 lee kim sai (BN) vs mohd arif dato kamarudin (BEBAS) BN 14138 BEBAS 6761
1986 ss subramanian (BN) vs mohd arif dato kamarudin (BEBAS) BN 19201 BEBAS 9281
1990 palanivel (BN) vs nazar yakin (S46) BN 20839 S46 11857
1995 palanivel (BN) vs peng kim sing (DAP) BN 26829 DAP 1231
1999 palanivel (BN) vs dr halili rahmat (ADIL) BN 22143 ADIL 13548
2004 palanivel (BN) vs ismail kamus (PAS) BN 27807 PAS 13324
2008 palanivel (BN) vs dato zainal abidin ahmad (PKR) BN 22979 PKR 23177

kita tengok pula peratusan pengundi di P94 HULU SELANGOR

Jumlah Pengundi: 63,593
Peratusan Kaum: M:53.94% C: 26.67% I: 18.98% L:0.41%

1. Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) (23,177)
2. Datuk G. Palanivel (BN) (22,979)

Majoriti: 198
Jumlah undi: 47,622
Peratus mengundi: 74.89%
Undi rosak: 1,466
Dan yang terakhir sekali, kita saksikan kejayaan BN dalam 3 DUN di bawah Parlimen Hulu Selangor.

Di DUN Hulu Bernam,Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Idris Abu Bakar menewaskan calon PAS Abdul Shukor Ali dengan majoriti 3,549 undi. Idris mendapat 7,985 undi manakala Shukor 4,436 undi.Di situ ada seramai 17,549 pengundi.

Di DUN Kuala Kubu Bharu calon MCA ,Wong Kun Moon menewaskan calon DAP Annamalai Ramu dengan majoriti 448 undi. Beliau dapat 6,107 undi manakala Ramu 6,555.Pengundi di situ ialah seramai 18,212 orang.

Di DUN Batang kali , calon UMNO Mohd Isa Abu Kasim menewaskan calon Mohd Nasarudin Abdul Aziz dengan majoriti 2,179 undi . Mohd Isa dapat 11,724 undi manakala Mohd Nasarudin 9,545 undi. Pengundi ialah seramai 27,832 orang.


GHOSTWRITER :
Pernahkah Melayu mewakili BN di Hulu Selangor? Sedangkan Melayu adalah majoriti rakyat di Hulu Selangor. Benarkan ada protest pengundi yang mengundi BN di DUN dan PKR di Parlimen. Mengapa ini terjadi? Ghostwriter rasa anda semua bijak menilai mengapa ini terjadi.

Read more »»
 
Namablogkamu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com | Distributed by Deluxe Templates