Thursday, April 08, 2010

Pilihanraya kecil P94. Pas tak masuk campur.

. Thursday, April 08, 2010


Pas menyerahkan sepenuhnya kepada pimpinan PKR mengenai calon pakatan pembangkang yang akan bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak akan masuk campur dan menyerahkan sepenuhnya soal calon pilihan raya kecil itu untuk diputuskan pimpinan PKR.

Saya difahamkan senarai nama (calon) sudah ada, yang disenarai pendek lima orang. Saya akan mendengar taklimat mengenai calon ini daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, minggu depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang bermula 5 hingga 8 April ini berhenti rehat. - BERNAMA


Lain macam sungguh nada yang dituturkan oleh Presiden Pas ni. Macam merajuk saja bunyinya. Maklumlah, sumber dalaman Pas sendiri telah memaklumkan bahawa beberapa kepimpinan Pas mahukan Ust. Badrul Amin yang menjadi calon PKR di P94 Hulu Selangor.

Tup-tup nama yang naik adalah Samsul Iskandar dan juga Zaid Ibrahim. Badrul Amin langsung tak lekat dalam senarai. Mau tak merajuknya puak-puak kepimpinan Pas semua.

Badrul Amin menjadi pilihan Pas kerana dia merupakan satu-satunya calon yang boleh dikatakan berimej islamik didalam PKR selepas keluarnya Zul Kulim. Lagipun Badrul Amin sering mengikuti ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh Pas.

Tapi biasalah, calon pilihan Anwar mestilah terdiri dari mereka yang boleh jadi pak turut didalam PKR. Lagipun Anwar mana boleh tunduk kepada permintaan Pas. Jatuhlah maruah dia nanti.

Dengan kenyataan Hj Hadi yang bolehlah dilihat sebagai merajuk ni, kita tunggu nanti sama ada Pas akan merajuk juga jika Zaid atau Samsul Iskandar dicalonkan di Hulu Selangor nanti.

Jangan sampai Pas boikot PRK P94 sudah laa. Tak meriah rasanya nanti kalau Pas tak join sekali. Rakyat pasti tertunggu-tunggu sandiwara apa pulak yang bakal diatur di Hulu Selangor oleh pelakon-pelakon upahan Pas.

Jika di Bagan Pinang dulu kita dapat tengok wayang "hero kebal vs pedang samurai", mungkin di Hulu Selangor nanti kita dapat tengok aksi yang lebih hebat lagi.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
Namablogkamu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com | Distributed by Deluxe Templates