Friday, April 09, 2010

KHALID IBRAHIM PINDAKAN PEJABATNYA KE HULU SELANGOR?!

. Friday, April 09, 2010

TheUnspinners melaporkan bahawa Semua banner yang mempromosikan BN semuanya diturunkan, bendera-bendera di pejabat parti kompenan BN diarahkan oleh Majlis Daerah supaya diturunkan. Setakat ini bilik gerakan UMNO baru dalam peringkat pentadbiran dan belum beroperasi sepenuhnya. Itu pun nak dikacau.

Padahal promosi untuk Pakatan Rakyat dibiarkan. Bilik gerakan PR lebih hidup jika dibandingkan dengan komponen BN. Pengisiannya telah dilakukan oleh PR.

Sambil itu, arahan telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri mengarah semua ahli Majlis dan Ketua Kampung ambil alih semua balai raya dan dewan orang ramai untuk diguna oleh PKR saja bagi PRK Hulu Selangor.

Ini baru kita nampak bagaimana kerajaan negeri mengguna kuasa untuk memenangi pilihanraya kecil ini.



Dikhabarkan juga Menteri Besar sudah memindahkan pejabat ke pejabat Daerah Hulu Selangor untuk memudahkan arahan-arahan spontan dikeluar dan dijalankan. Ini menimbulkan persoalan bahawa pegawai SPR yang merupakan Pegawai Daerah kini berada satu pejabat dengan Menteri Besar.

Dari Blog Faisal pula;

Malaysiakini melaporkan mulai semalam Daerah Hulu Selangor telah menggantikan Shah Alam untuk sementara waktu sebagai Ibu Negeri. Ini kerana MB Selangor telah memindahkan pejabatnya ke pejabat Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Dasat!! , memang dasat!! Mereka punya rasuah dan salah guna kuasa sudah sampai tahap babi! Selama ini 365 hari setahun mereka menuduh BN rasuah dan salah guna kuasa. Sekarang siapa yang lebih? Berpuluh sudah p/raya kecil yang dihadapi oleh BN, tidak pernah sekali PM , TPM atau MB memindahkan pejabatnya ke tempat p/raya.

Jangan kata BN , PAS dan DAP pun sama. Pulau Pinang sudah tiga kali p/raya kecil. Permatang Pauh, Penanti dan Permatang Pasir. Adakah anda mendengar Lim Guan Eng memindahkan pejabatnya ke Seberang Perai? Kemudian di Bukit Selambau, Kedah. Adakah Datuk Seri Azizan Razak memindahkan pejabatnya ke Sungai Petani? Pergi pula Bagan Pinang, adakah anda dengar Muhammad Hassan memindahkan pejabatnya ke Port Dickson?

Manek Urai, 100 km dari Kota Bharu, jalan biasa, bukannya lebuhraya. 1 1/2 jam perjalanan untuk sampai ke sana dari Kota Bharu. Adakah anda dengar Nik Aziz pindahkan pejabatnya ke Kuala Krai? Sekali p/raya sahaja di Selangor, terus si gagap tersebut pindahkan pejabatnya ke Hulu Selangor.

Nampak sangat dia dalam keadaan tertekan untuk menghadapi p/raya ini. Satu persoalan disini dan harus diambil tindakan oleh SPR, SPRM serta BN. Pegawai pengurus p/raya yang dilantik oleh SPR untuk mengendalikan p/raya berkenaan ialah Pegawai Daerah (DO) Hulu Selangor iaitu En. Nor Hisham Ahmad Dahalan.

Persoalannya disini, bagaimana Khalid Ibrahim boleh berkongsi pejabat dengan pegawai pengurus p/raya? Macam-macam perkara boleh terjadi bila orang berada di dalam keadaan terdesak.

Kepada MAFREL pula, yang ini apa ceritanya ?

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
Namablogkamu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com | Distributed by Deluxe Templates