Thursday, April 22, 2010

HULU SELANGOR: SUKAN KUDA DIGALAKKAN DLM ISLAM - HUSAM

. Thursday, April 22, 2010


Baru kembali dari ceramah perdana Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan yang lain. Seperti biasa, Husam memulakan ceramahnya dengan memutarkan lagi isu yang sama. Oh lupa nak bagitau, lokasinya di Padang Awam, Batang Kali. Isu Royalti dibangkitkan semula di Hulu Selangor untuk meraih simpati rakyat Hulu Selangor sekaligus memburukkan imej kerajaan Barisan Nasional. Tak serik-serik Husam memutarkan isu ni, agaknya dia akan mendapat komisen yang besar kalau rancangan mendapatkan royalti ini berjaya. Siapa tahu? Ke mana-mana tempat saja, mereka (PAS) akan mencanangkan isu royalti ini termasuklah di hari sembahyang jumaat. PAS Kelantan cuba menakut-nakutkan kerajaan pusat dengan membawa kes royalti ini ke mahkamah tetapi sehingga hari ini, tiada satu pun percubaan atau usaha yang dilakukan utk membawa kes ini ke bilik pengadilan. Husam tiada bukti mengatakan Kelantan layak mendapat royalti, sebab tu tak berani.


Sebelum ini Husam pernah menghina mahkamah dimonopolikan oleh kerajaan BN tetapi berlainan pula pada malam ini, Husam juga memuji mahkamah bertindak adil kepada peneroka-peneroka Felda yang telah ditindas. Hipokrit ke? Bila mahkamah tidak memihak kepada mereka (pembangkang), mulalah mereka menuduh kerajaan BN telah 'membeli' mahkamah seperti kes peralihan kuasa Kerajaan Perak tahun lalu. 

Husam berkata jika Zaid menang kerusi parlimen Hulu Selangor, akan adanya wakil rakyat yang akan bersama-sama dengan PAS memperjuangkan hak royalti dan ini secara tidak langsung akan mengabaikan nasib rakyat Hulu Selangor sendiri, Zaid berkerja untuk rakyat Hulu Selangor atau rakyat Kelantan? Kata Anwar, walaupun Zaid bukan anak jati Selangor tetapi sudah bermastautin di Selangor selama 30 tahun lebih, dari situ kita lihat, dimanakah perjuangan Zaid sebenarnya? Di Kota Bahru? Di Hulu Selangor atau di atas Kuda di New Zealand?

"Sukan kuda adalah digalakkan dalam Islam" kata Husam yang seolah-olah menghalalkan perjudian yang dilakukan oleh Zaid. Ni fatwa dari ustaz mana ni? Fatwa gali dari kubur cina ke? atau dari pengikut Qaldiani? Jika sukan kuda dihalalkan, selepas ni akan ramailah pak lebai beratur bersusun panjang beli no kuda kat kedai no. Jangan hairan kalau kedai no kuda dibenarkan di Kelantan selepas ini. (Video akan menyusul selepas ini).

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
Namablogkamu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com | Distributed by Deluxe Templates