Friday, April 09, 2010

Hulu Selangor penentu politik MIC

. Friday, April 09, 2010

MIC perlu memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil kawasan itu pada 25 April ini bagi memastikan kelangsungan parti itu.


Sehubungan itu, Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor, V. Mugilan berkata, pihaknya akan bekerja keras agar kerusi yang jatuh kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum lalu akan kembali kepada Barisan Nasional (BN).


''Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi peluang sekali lagi kepada MIC. Jadi, pilihan raya kecil ini merupakan maruah kami.


''Sekiranya kalah, MIC berkemungkinan akan berkubur," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.



Dalam pada itu katanya, beliau yakin BN akan merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor daripada PKR kerana rakyat telah dapat menilai PKR selepas memberi sokongan kepada parti itu pada pilihan raya umum lalu.


''Sebelum 2008, rakyat tidak mengetahui tembelang PKR. Kini, rakyat terutamanya di Hulu Selangor mula menyedari mereka telah termakan dengan janji-janji parti berkenaan.


''Kepimpinan Najib juga telah berjaya membawa imej baru kepada BN. Saya yakin, BN di bawah Perdana Menteri akan berjaya merampas kembali Parlimen Hulu Selangor," katanya.


Kerusi Parlimen itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad kerana barah otak pada 25 Mac lalu.


Allahyarham memenangi kerusi itu setelah menewaskan calon BN, Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008.


Semalam, Perdana Menteri mengumumkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu.
Sumber Utusan

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
Namablogkamu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com | Distributed by Deluxe Templates