Wednesday, April 07, 2010

MAT TAIB TIADA DI HATI 'MEREKA'?

. Wednesday, April 07, 2010


Perubahan drastik landskap politik sekarang mungkin memerlukan semua parti politik, khususnya Barisan Nasional (BN) mengkaji semula kaedah pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang. Sama ada kekal pada sistem kuota sekarang atau kerusi calon ditentukan mengikut majoriti kaum, kajian terperinci adalah sangat perlu dan mendesak. Perbincangan mencari kaedah baru pembahagian kerusi dalam BN mesti dipercepatkan. Kelewatan mencapai kesepakatan dan membincangkannya pada saat akhir dikhuatiri menjejaskan fokus serta kekuatan BN menghadapi pilihan raya. Ini kerana tumpuan, kesatuan dan kekuatan jentera BN ketika itu mesti ditumpukan kepada pilihan raya bukan membincangkan soal kuota kerusi.

Kebelakangan ini, banyak kedengaran suara yang mahu supaya UMNO lebih dominan dalam BN. Maksudnya, calon parti itu perlu diletakkan di lebih banyak kerusi selepas meneliti prestasi parti komponen lain pada PRU ke-12 lalu. Ketika ini, ada 222 kerusi Parlimen dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara. UMNO menang 78 kerusi, MCA (15), MIC (tiga) dan Gerakan (2). Di Sabah dan Sarawak, PRS (enam), SUPP (enam), PBB (14), PBRS (satu), LDP (satu), Upko (empat), SPDP (empat) dan PBS (tiga). Sementara itu, parti pembangkang — PKR (30), DAP (2, PAS (23), PSM (satu) dan Bebas (satu).


PRU ke-12 menyaksikan perubahan aliran dan sikap pengundi. Antaranya, ramai calon Melayu tewas di kawasan Melayu. Calon Cina daripada BN tidak diterima dalam kawasan majoriti Melayu atau Cina dan ramai calon pembangkang bukan Melayu mendapat sokongan dalam kawasan Melayu. Juga, ramai calon pembangkang Melayu mendapat sokongan dalam kawasan bukan Melayu. Justeru, apakah asas pemilihan calon BN dalam PRU ke-13.

“Jangan beri ikut kuota. Sekarang tidak boleh pakai kuota. Kalau kita rasa (calon) Cina ini kuat di kawasan Melayu dan orang Melayu suka (menerima) dia, beri pada dia. Kalau orang Melayu kuat di kawasan Melayu, bagi pada Melayu. Tidak bermakna kita kena korbankan untuk calon bangsa lain (semata-mata) kerana ini kuota sebab yang lebih penting ialah sama ada pemimpin yang mewakili parti itu disenangi rakyat.

“Sebab itu, Datuk Seri Najib (Razak) berkata, beliau akan cari orang yang disenangi rakyat. Saya setuju kerana orang yang disenangi rakyat bermakna sanggup turun ke akar umbi, mudah ditemui, suka menolong dan sentiasa sedia menyelesaikan masalah rakyat,” kata Setiausaha BN Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee. Justeru, katanya, pemimpin semua parti mesti menerima hakikat senario politik sekarang serta mengkaji sedalam-dalamnya kenapa ramai calon Gerakan, MCA dan MIC tewas dalam PRU ke-12 lalu.

“Carilah apa punca dan sebabnya. Parti komponen BN perlu duduk dan muhasabah diri. Jangan menyalahkan antara satu sama lain. Cari jalan penyelesaian kenapa ini terjadi.

“Untuk menyalahkan (kemerosotan undi) pada UMNO adalah tidak tepat kerana UMNO masih ada tempat. Kita menang banyak kerusi Parlimen berbanding calon parti komponen BN lain. Mereka tidak boleh menyalahkan kita. Mereka kena tanya diri sendiri.

“(Begitupun), UMNO sudah muhasabah diri, mencari penyelesaian dan pendekatan baru. Jadi kalau kita bagi macam dulu (berdasarkan kuota), itu sudah tidak relevan. Kita kena duduk, bincang, buat kajian dan cari jalan. Ini bermula dengan pemimpin di atas mencari kesepakatan. Kita dalam BN seperti keluarga dan perbincangan mengenai kerusi bagi PRU ke-13 mesti disegerakan,” katanya.

Difahamkan, antara kekurangan yang nyata ialah lantikan Pengerusi BN kawasan Parlimen belum dilakukan untuk menggembleng gerak kerja bersepadu semua parti komponen di seluruh negara. Gerak kerja adalah antara cabang dalam gagasan transformasi parti dalam mendekati rakyat akar umbi dan tugas itu bukan dipikul UMNO saja.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Ilmuwan, Dr Khairul “Azmi Mohamad, berkata realiti pembahagian kerusi di gelanggang politik sangat mencabar kerana walaupun BN sudah cukup matang dalam menghadapi situasi sebegini namun, saban pilihan raya ada saja tuntutan tambahan dan pertukaran kerusi oleh parti komponennya. Beliau berkata, formula terbaik adalah musyawarah.

“Walaupun tidak semestinya semua pihak akan berpuas hati, ia asas kepada kerukunan dan persefahaman yang telah membentuk BN selama ini. Namun ada baiknya dipertimbangkan untuk mengagih kerusi berasaskan komposisi majoriti menurut taburan antara kaum. Tidak salah Melayu menjadi wakil rakyat di kawasan majoriti orang Cina. Begitu juga orang India di kawasan majoriti Melayu. Tetapi jangan sampai kerusi UMNO atau BN terkorban kerana semata-mata mempertahankan bilangan agihan kerusi demi parti komponen,” katanya.

Khairul berkata, apa makna memenangi hati rakan komponen tetapi mengecewakan harapan rakyat selaku pengundi terbanyak di situ? Begitu juga di kawasan majoriti Cina, adalah lebih baik diwakili oleh calon Cina berbanding diwakili UMNO. Apa yang penting selepas menang, jangan ada pihak dipinggirkan.
“Semua itu tidak bermakna kalau rakyat tidak menyokong dan UMNO atau BN berdepan kekalahan. Di sini, satu lagi bentuk kebijaksanaan diperlukan,” katanya.

Majoriti kaum sesuatu kawasan perlu diambil kira dalam proses pembahagian kerusi, demikian pandangan Pengarah Operasi Media, Yayasan Kajian & Strategi Melayu, Zainal Mohd Jais. “Pertama, mengikut amalan, asas pembahagian kerusi ialah mengikut majoriti kaum. Parti komponen yang berteraskan kaum akan diberi kerusi di mana majoriti kaumnya yang tertinggi di kawasan itu.

“Kedua, berdasarkan ehsan. Maknanya, kaum yang tidak mencapai majoriti, mereka diberi kerusi atas perkiraan persetujuan secara muafakat atau tolak ansur. Perkara sama diamalkan bagi parti kecil yang tiada potensi kawasan dominan,” katanya. Beliau bagaimanapun berkata, masih banyak kriteria atau perkiraan lain termasuk yang berkait dengan strategi akan diambil kira mengikut kesesuaian semasa.

“Kriteria yang tidak tertera dan difahami sebagai strategi itu sangat penting ketika ini kerana BN menghadapi cabaran yang agak berbeza daripada sebelumnya. Ketika prestasi BN merosot dan pengundi Melayu berpecah tiga manakala undi bukan Melayu merosot dengan sangat besar maka amalan pertama dan kedua itu tidak semestinya kekal,” katanya.

Namun, katanya, BN akan berhadapan dilema kredibiliti untuk berpegang kepada konsensus itu yang tentu akan dipersoalkan parti berteraskan kaum Cina dan India jika berlaku sebarang pengurangan atau rombakan pada prinsip asas berkenaan. — Berita Harian

Saya terpanggil untuk positif kepada artikal di atas. Dalam konteks PRK Hulu Selangor, pecahan calon mewakili pilihan raya Parlimen yang majoritinya kaum Melayu dan mereka tidak putus-putus memohon agar ahli Parlimen mereka diwakili oleh kaum mereka sejak sekian lama.

Ahli Parlimen UMNO hanya diberi peluang satu penggal, MCA 4 penggal dan MIC 6 penggal. Di sini ternyata ahli UMNO telah lama bertoleransi dengan pucuk pimpinan parti. Sampailah masanya demi semangat 1Malaysia, calon PRK Hulu Selangor diberi kepada calon dari UMNO. Kenapa harus ahli UMNO Hulu Yam dinafikan suara mereka sekian lama iaitu sebanyak 10 penggal. PRU lepas memang sengaja mereka menarik trigger meletopkan rasa dan denyut hati mereka. Masih lagi tidak jumpa atau tidak mahu memahami denyut rasa hati akar umbi BN ini sebab ianya Melayu? Tak usah beranggapan kekalahan BN di Hulu Selangor tak memberi apa-apa kerugian kepada BN.

Bermula di PRK Hulu Selangor ini, rakyat sedang menanti kepastian daripada MIC dan MCA agar seiring sekata menghantar memorandum kepada PM memberi cadangan serta taat setia untuk mencalonkan UMNO.. bukan menghantar senarai nama nama wakil dari parti masing masing. Sikap sebegini sememangnya tiada didalam kesumat hati Samy Vellu.

1 comments:

Anonymous said...

Beiau seorang pemimpin berjiwa rakyat, rajin turun padang bersama-sama rakyat. Namun ada segelintir yg cemburu dgn kejayaan beliau kerana berjaya memenangi jiwa rakyat lalu ada saja cara untuk menjatuhkan beliau. Adakah kerana kisah beliau membawa duit 1juta utk bercuti keluar negara bersama keluarga semasa menjadi MB dulu jadi pengukur yg beliau itu seorang yg suka rasuah?? Benarkah diantara menteri2 yg ada di Malaysia ini tidak pernah membawa wang sebanyak itu bercuti keluar negara?? Itulah manusia.. kalau cemburukan seseorang sanggup berbuat apa pun untuk menjatuhkan beliau sehingga kisah peribadi beliau juga ditelanjangi sedangkan pada dasarnya beliau tidak bersalah. Beliau seorang yg peka dgn kehendak rakyat bukan sahaja di bawah naungan beliau tetapi bersedia membantu orang luar dari kawasan beliau sendiri.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
Namablogkamu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com | Distributed by Deluxe Templates