Friday, April 23, 2010

Kenapa Pengundi Melayu KENA PANGKAH BN?

. Friday, April 23, 2010
0 comments

KENAPA PENGUNDI MELAYU PERLU TERIMA CALON MIC
  1. Menghormati konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN)
  2. Menghargai janji Perdana Menteri yang akan meletakkan anak tempatan sebagai calon PRK P.094 Hulu Selangor. Terbukti PM memahami denyut nadi rakyat di Hulu Selangor.
  3. Tun Dr. Mahathir Mohamad, “dalam pilihanraya, kita perlu mengundi dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional tanpa mengira siapa calonnya”.
  4. Sumbangan dan peranan BN dalam konteks membela nasib rakyat, terutamanya membela dan meningkatkan taraf ekonomi orang melayu.
  5. Jasa BN yang membuka FELDA melalui DEB yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan orang Melayu.
  6. Tanda syukur dan mengenang jasa BN yang telah membuka nikmat kehidupan kepada masyarakat FELDA khususnya orang-orang Melayu.
  7. Menghayati semangat Gagasan 1Malaysia, melalui KONSEP PENERIMAAN, iaitu menerima kenyataan kehidupan dalam sebuah negara bermasyarakat majmuk.

Read more »»

Kenapa Perlu Pangkah BN di Hulu Selangor?

.
0 comments

MENGAPA PERLU MEMILIH P.KAMALANATHAN?
  1. Kamalanathan adalah pilihan terbaik kerana beliau adalah anak tempatan.
  2. Beliau lahir di Sungai Choh, Hulu Selangor yang termasuk dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor. Hakikatnya beliau adalah anak jati Hulu Selangor.
  3. Beliau berpengalaman luas dalam bidang perhubungan awam dan sering menjadi ahli panel program-program berbentuk diskusi di RTM/ASTRO Awani.
  4. Calon muda yang berusia 44 tahun.
  5. Berkelulusan dari Edith Cowan University, Australia dalam bidang Komunikasi Massa, Perhubungan Awam.
  6. Menyertai politik sejak berusia 18 tahun dengan jawatan terkini sebagai Ketua Penerangan MIC Pusat.
  7. Mempunyai ramai kenalan dalam komuniti belia yang meliputi pelbagai kaum.
  8. Fasih dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Tamil dan Inggeris.
  9. Seorang pengamal Perhubungan Awam yang mudah mesra, merendah diri serta mudah mendekati masyarakat pelbagai kaum serta mempunyai hubungan baik dengan semua pemimpin tempatan termasuk UMNO, MCA serta parti-parti komponen yang lain.

Read more »»

Mengapa HARUS MIC Bertanding di Hulu Selangor?

.
0 comments



MENGAPA MIC


  1. Sebagai menghargai kesepakatan antara kaum dalam Barisan Nasional (BN)
  2. Amalan perkongsian kuasa yang menjadi teras BN dalam mentadbir negara
  3. Masyarakat majmuk di negara ini hidup dalam suasana harmoni antara satu sama lain dan bukannnya hidup secara terasing seperti zaman British; ‘Divide and Rule’
  4. Pengagihan kerusi untuk kawasan Parlimen Hulu Selangor P094 atas semangat setia kawan yang diamalkan dalam BN – 2 UMNO, 1 MCA dan 1 MIC.
  5. Masyarakat tiada masalah untuk menerima calon dari kaum lain kerana pada asasnya Pengerusi BN adalah orang Melayu. Siapa pun calon tidak akan menjadi masalah kerana semua perkara akan dipantau di peringkat kepimpinan pusat.
  6. Kepimpinan BN akan terus memantau pembangunan dan kemajuan di kawasan ini dari semasa ke semasa tanpa meminggirkan mana-mana kaum terutamanya kaum majoriti iaitu Melayu.
  7. Menterjemahkan dan merealisasikan semangat 1Malaysia.

Read more »»

Dewan lulus usul rujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

.
0 comments

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan usul untuk merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibragim (PKR-Permatang Pauh) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung kenyataannya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong yang mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Penasihat PKR itu sebelum ini turut mengaitkan kerajaan dengan firma komunikasi antarabangsa, Apco Worldwide (Apco) dan mendakwa kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM).


Usul itu yang dibahaskan sejak 10 pagi tadi diluluskan pada jam 3.05 petang apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan sesi penggulungan usul itu selepas anggota pembangkang seringkali mengganggu beliau untuk mendesak supaya usul itu ditarik balik. Ini menyebabkan persidangan dewan sekali lagi kecoh sebelum kebanyakan Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee kemudiannya meneruskan persidangan dengan proses undian yang menyaksikan usul itu mendapat sokongan.
Sumber BHarian online

Read more »»
 
Namablogkamu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com | Distributed by Deluxe Templates