Friday, April 23, 2010

Dewan lulus usul rujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

. Friday, April 23, 2010

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan usul untuk merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibragim (PKR-Permatang Pauh) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung kenyataannya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong yang mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Penasihat PKR itu sebelum ini turut mengaitkan kerajaan dengan firma komunikasi antarabangsa, Apco Worldwide (Apco) dan mendakwa kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM).


Usul itu yang dibahaskan sejak 10 pagi tadi diluluskan pada jam 3.05 petang apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan sesi penggulungan usul itu selepas anggota pembangkang seringkali mengganggu beliau untuk mendesak supaya usul itu ditarik balik. Ini menyebabkan persidangan dewan sekali lagi kecoh sebelum kebanyakan Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee kemudiannya meneruskan persidangan dengan proses undian yang menyaksikan usul itu mendapat sokongan.
Sumber BHarian online

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
Namablogkamu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com | Distributed by Deluxe Templates