Sehingga ke hari ni, hobi haram Zaid berjudi kuda di luar negara hangat diperkatakan. Dalam ceramah semalam, Husam Musa (PAS) bermati-matian mempertahankan hobi haram Zaid dengan mengatakan Sukan kuda adalah digalakkan dalam Islam. Di zaman nabi dulu memang sukan kuda digalakkan dan ianya hanya sukan di antara 'mereka' dengan para sahabat mereka tanpa melibatkan pertaruhan. Berbeza dengan zaman ini, bersukan pun perlukan duit. Duit untuk apa? Untuk maintainance kuda ler..
Zaid Ibrahim meraih banyak keuntungan semasa beliau menjadi menteri di JPM. Keuntungan yang tidak terkira sehingga Anwar mempergunakan wang Zaid tanpa perlu PKR mengeluarkan satu sen pun untuk Zaid bertanding di Hulu Selangor. Zaid sendiri mengakui kenyataan yang beliau terlibat dalam sukan kuda di dada akhbar kelmarin.
Untuk pengetahuan semua, maintainance cost utk seekor kuda tidaklah semurah yang dijangkakan. Apatah lagi kalau nak memiliki seekor kuda yang berharga jutaan ringgit dan kuda yang dimilikinya bukannya seekor. Ingat harga kuda sama dengan harga lembu kat Malaysia ni ka?
Ternyata Zaid gemar berfoya-foya dengan 'kemewahan' yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat yang memerlukannya. Apatah lagi jika dia dah jadi ahli Parlimen Hulu Selangor?? Habis duit rakyat dirompak dan dilaburkan ke kuda judinya di luar negara. Dari membazirkan jutaan ringgit itu, lebih baik Zaid gunakan wang jutaan ringgit tu membantu orang-orang miskin, anak-anak yatim dan sesiapa saja yang memerlukan bantuan samaada di Hulu Selangor atau Kota Bharu.
Ini bukan masalah reti atau tidak reti membezakan sukan dengan judi. Tetapi gaya hidup Zaid lebih kepada kemewahan, sanggup duduk di kampung yang cuacanya sepanjang hari panas terik? Tak ke nampak seperti ada udang di sebalik batu? Gile jawatan!
Read more »»