Thursday, April 22, 2010

HOBI ZAID (SUKAN KUDA) ADALAH HALAL! - HUSAM MUSA

. Thursday, April 22, 2010


Sehingga ke hari ni, hobi haram Zaid berjudi kuda di luar negara hangat diperkatakan. Dalam ceramah semalam, Husam Musa (PAS) bermati-matian mempertahankan hobi haram Zaid dengan mengatakan Sukan kuda adalah digalakkan dalam Islam. Di zaman nabi dulu memang sukan kuda digalakkan dan ianya hanya sukan di antara 'mereka' dengan para sahabat mereka tanpa melibatkan pertaruhan. Berbeza dengan zaman ini, bersukan pun perlukan duit. Duit untuk apa? Untuk maintainance kuda ler..

Zaid Ibrahim meraih banyak keuntungan semasa beliau menjadi menteri di JPM. Keuntungan yang tidak terkira sehingga Anwar mempergunakan wang Zaid tanpa perlu PKR mengeluarkan satu sen pun untuk Zaid bertanding di Hulu Selangor. Zaid sendiri mengakui kenyataan yang beliau terlibat dalam sukan kuda di dada akhbar kelmarin. 

Untuk pengetahuan semua, maintainance cost utk seekor kuda tidaklah semurah yang dijangkakan. Apatah lagi kalau nak memiliki seekor kuda yang berharga jutaan ringgit dan kuda yang dimilikinya bukannya seekor. Ingat harga kuda sama dengan harga lembu kat Malaysia ni ka?




Ternyata Zaid gemar berfoya-foya dengan 'kemewahan' yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat yang memerlukannya. Apatah lagi jika dia dah jadi ahli Parlimen Hulu Selangor?? Habis duit rakyat dirompak dan dilaburkan ke kuda judinya di luar negara. Dari membazirkan jutaan ringgit itu, lebih baik Zaid gunakan wang jutaan ringgit tu membantu orang-orang miskin, anak-anak yatim dan sesiapa saja yang memerlukan bantuan samaada di Hulu Selangor atau Kota Bharu.

Ini bukan masalah reti atau tidak reti membezakan sukan dengan judi. Tetapi gaya hidup Zaid lebih kepada kemewahan, sanggup duduk di kampung yang cuacanya sepanjang hari panas terik? Tak ke nampak seperti ada udang di sebalik batu? Gile jawatan!



“Kuda itu sangat berjaya dan saya amat berbangga dengannya” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi ceramah di Ampang Pecah, di sini malam tadi.

1. Di laman web BloodHorse.com, Zaid Botol telah bertaruh sebanyak US7847.00 pada 28hb Januari 2009 untuk lumba kuda di New Zealand. - Bukti Zaid Terlibat Dlm Judi Kuda!

2. Zaid Botol yang memiliki kuda lumba 'kelantan' telah memenangi satu perlumbaan dengan wang tunainya bernilai US450,000.00 pada 25hb Ogos 2006, kuda tersebut telah dibeli oleh Hj Zaid dengan harga NZ135,000.00 - untuk maklumat lanjut layari www.stephengrayracing.com

3. Kalau dilihat dalam Lot 1262, Hj Zaid telah membayar US11,000.00 untuk kuda lumba pada tahun 2009, untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.stallions.com.au/

Kita mempersoalkan moral manusia ini,mengapa beliau disokong oleh PAS, malahan saranan Hj Hadi supaya pengundi dan penyokong PAS memberi sokongan 100% bagaikan paksa rela buat pengikut mereka. Tolak Calon PKR! 

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
Namablogkamu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com | Distributed by Deluxe Templates