Wednesday, April 07, 2010

Malam Yang berdarah Di Hulu Selangor

. Wednesday, April 07, 2010

10.44pm: Baru balik daripada meronda-ronda di kawasan Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor. Kawasan-kawasan yang di lawat masih dalam keadaan tenang dan damai. Aktiviti penduduk seperti biasa, lepak-lepak di pondok buatan tepi rumah, ada yang lepak tepi longkang berborak, bergurau senda tak ingat dunia. Biasalah, muda-mudi sembang pasal dunia mereka. Golongan tua seperti biasa lepak kat warung-warung kecil, dah tentu sembang pasal pilihanraya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dalam perjalanan balik dari Batang Kali ke Kuala Kubu Baru, berlakunya kemalangan. Kereta berlanggar dengan lembu. Bahagian depan kereta boleh dikatakan hancur 40%. Pemandunya trauma kot? Duduk tepi jalan sambil menahan sakit, cedera ringan rasanya. Mangsa yang dilanggar iaitu lembu, duduk baik kat tepi jalan. Lembu tu hidup lagi.. cuma ada kesan-kesan merah kena langgar. Kesian lembu, patah kaki la kot.

Jadi, pesanan kepada mereka yang datang ke Hulu Selangor, sila memandu dengan cermat terutamanya bila korang melalui jalan raya yang tidak berlampu. Diharapkan selepas PRK, TNB tanam la lampu di sepanjang jalan Batang Kali - Kuala Kubu Baru.

Kain rentang pun tak banyak, yang ada cuma, banner Zaid Ibrahim dan Mat Taib.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
Namablogkamu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com | Distributed by Deluxe Templates