Thursday, April 22, 2010

HULU SELANGOR: DR HALILI KELUAR PKR. AMK & PAS BOIKOT PRK P.94

. Thursday, April 22, 2010

Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili umum keluar PKR dan menyertai UMNO atas tujuan tidak mahu namanya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendiriannya terhadap PKR masih sama seperti di zaman Deklarasi Permatang Pauh.

Dr Halili juga mendakwa bahawa PKR hari ini dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpinnya yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.


PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan "tetapi lebih condong kepada parti yang pentingkan kuasa, hingga tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat walaupun diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri.

Ditanya kenapa beliau hadir pada hari pengumuman calon PKR pada 13 April lalu, beliau hanya menjawab "Mungkin nama saya dicalonkan, dinaikan saya kena datanglah. Ingin tahu, kerana kamu juga yang tulis dalam suratkhabar media, anak tempatan, perkara macam itu," katanya. Beliau juga memberitahu, itu kali terakhir beliau bertemu Anwar.


AMK BOIKOT PRK HULU SELANGOR

Begitulah kepincangan dalaman PKR. Mungkin ada yang menyangka Dr Halili telah dibeli oleh BN/UMNO, tetapi beliau sendiri telah menafikan fitnah jahat itu. AMK Hulu Selangor sebelum ini meminta agar PKR meletakkan Dr Halili / Shamsul Iskandar sebagai calon tetapi Anwar tidak mempedulikan suara AMK. Dapat kita lihat sendiri kekecewaan di raut wajah Shamsul di hari pengumuman calon. 

Sebelum penamaan calon, Anwar kata PR tidak mempunyai masalah pemilihan calon, ramai calon yang berkaliber dalam Pakatan Rakyat tetapi jangan mudah percaya dengan kenyataan Anwar disebalik pencalonan Zaid itu, PKR sebenarnya tidak mempunyai peruntukan yang cukup untuk bertanding PRK kali ini.

ZAID DIPERGUNAKAN

Anwar menggunakan zaid kerana kekayaan beliau dan Zaid Ibrahim terpaksa menggunakan duitnya sendiri untuk bertanding dan PKR tidak perlu lagi susah payah mencari peruntukkan utk bertanding. Pemilihan Zaid ini mengundang kekecewaan beberapa cabang PKR di Selangor dan sudah wujudnya puak-puak PKR yang bertindak memboikot kempen PKR di Hulu Selangor terutamanya PAS. 

PAS MENJADI MANGSA PKR

PAS sebenarnya kecewa dengan pemilihan Zaid tambahan pula PAS sememangnya tidak mengemari Zaid walaupun beliau sudah beralih menyokong Pakatan Rakyat kerana PAS masih lagi teringat akan kenyataan Zaid Ibrahim yang mengatakan PAS adalah sebuah parti yang OVER REACT dan pernah menentang matlamat perjuangan Islam PAS. PAS juga kecewa kerana bukan calon PAS yang diletakkan di kawasan itu yang dahulunya pada tahun 1995 calon PAS yang dipertandingkan di kawasan itu

Ternyata PAS tamak kerana pilihanraya kecil sebelum ini hanya calon-calon PAS yang mampu menewaskan calon BN. Kebiasaannya di pilihanraya kecil, seringkali dilihat Unit Amal PAS berada di mana-mana saja. Tetapi tidak untuk kali ini, kerana PAS juga memboikot PRK P94. 

Ini memperlihatkan ketidakseriusan PAS membantu PKR, PAS mengambil sikap berhati-hati kerana sudah selalu ditipu oleh PKR. PAS sudah bosan menjadi alat kepada PKR, bosan menjadi mangsa kelentong Anwar Ibrahim.

Adakah kekalahan PKR di Batang Ai akan berulang lagi di Hulu Selangor? Tonton video ni, cuba hayati dan dalami dan kaji ucapan Hadi Awang di hari pengumuman calon PKR. Hambar... tiada unsur-unsur semangat seperjuangan. PAS benar-benar kecewa..




0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
Namablogkamu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com | Distributed by Deluxe Templates